PTPTN Berikan Diskaun Sehingga 15% Kepada Semua Peminjam PTPTN

3 insentif yang sangat menarik bagi peminjam PTPTN telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib menerusi pembentangan bajet 2017.

Berikutan dengan insentif yang telah diumumkan ini, peminjam boleh mendapatkan diskaun dari 10% sehingga 15%. Jumlah yang agak banyak kan? Siapakah yang layak untuk mendapat insentif ini? Bagaimana cara nak dapat insentif ini? Dan sampai bilakah diskaun insentif ini?

Di sini kami akan kongsikan 3 jenis insentif yang telah ditawarkan oleh PTPTN.

permohonan ptptn

Insentif Diskaun 15% Bagi Peminjam Yang Bayar ‘Lump Sum’


Jika anda seorang peminjam PTPTN yang ingin buat bayaran penuh, sekarang ini adalah waktu yang sangat sesuai. Kerana diskaun sebanyak 15% akan diberikan kepada semua peminjam yang akan membuat bayaran mulai 22 Oktober 2016 sehingga 31 Disember 2017.

Yang paling menarik, peminjam yang menggunakan gabungan saluran seperti KWSP, tunai dan online masih layak untuk mendapatkan insentif diskaun ini. Persoalan untuk buat bayaran menggunakan akaun kedua KWSP tidak lagi menjadi isu, kerana jawapannya boleh dengan syarat semua bayaran dibuat dalam bulan yang sama.

Tidak terkecuali kepada peminjam yang nama mereka sudah disenarai hitam oleh Imigresen juga boleh menikmati insentif 15% ini.

Insentif Diskaun 10% Bagi Peminjam Yang Bayar 50% Dari Baki Hutang


ptptn check balance

Bagi peminjam yang telah bercadang hendak membuat bayaran 50% daripada baki hutang pula, mereka layak mendapat diskaun sebanyak 10%, dengan syarat bayaran 50% itu diterima oleh PTPTN pada bulan yang sama.

Insentif Diskaun 10% Untuk Bayaran Balik Melalui Potongan Gaji & Direct Debit


semak ptptn

Bayaran balik secara melalui potongan gaji ini sebenarnya telah lama ditawarkan dan bertujuan untuk memudahkan kepada semua peminjam. Kerana pada setiap hujung bulan anda tidak lagi perlu fikir bagaimana untuk membayar kepada PTPTN. Semuanya secara automatik ditolak oleh majikan melalui akaun peminjam. Namun masih ramai yang tidak tahu berkaitan dengan kemudahan ini.

Anda disarankan membayar secara potongan gaji atau direct debit sekiranya mempunyai permasalahan pembayaran setiap bulan. Diskaun 10% tetap ada.

Cara Bayaran Balik PTPTN


ptptn online

Apa yang perlu anda lakukan adalah buat semakan status baki pinjaman terlebih dahulu secara online atau sms. Anda boleh melayari website di www.ptptn.gov.my untuk check baki keseluruhan atau hubungi Careline PTPTN 03-2193 3000.

Setelah anda tahu baki pinjaman, anda bolehlah membuat bayaran mengikut cara pembayaran yang anda pilih sendiri. Jom dapatkan diskaun 10% dan 15% ini. Diulangi kesemua insentif ini boleh dinikmati bermula 22 Oktober 2016 sehingga 31 Disember 2017 sahaja.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari di pautan seperti berikut: https://www.ptptn.gov.my

Rujukan anda: Cara Buat Semakan Pinjaman PTPTN