Semakan Status Pinjaman PTPTN

Bagaimanakah cara membuat semakan status pinjaman PTPTN anda secara online dan sms? Soalan ini seringkali ditanya oleh pelajar dan peminjam baru yang membuat permohonan pembiayaan PTPTN. Sebenarnya Kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai kemudahan secara online untuk semua rakyat Malaysia melalui portal Kerajaan Malaysia 2013.

Semak Pinjaman Ptptn

Semakan Status Pinjaman PTPTN Melalui SMS

Untuk membuat semakan baki Skim Simpanan Pendidikan Nasional anda:
PTPTN SSPN NO AKAUN SSPN
Contoh: PTPTN SSPN 0123456789012
dan hantar ke 33199

Cara untuk mendapatkan Nombor Pin anda:
PTPTN NO PIN NOKP
Contoh: PTPTN 123456 860112115723
dan hantar ke 33199

Untuk semakan status pelajar Senarai Hitam di PTPTN:
PTPTN LEGAL NO KP NO PIN
Contoh: PTPTN LEGAL 860112115723 123456
dan hantar ke 33199

Untuk semakan status permohonan pertukaran Ujrah di PTPTN:
PTPTN UJRAH NO KAD PENGENALAN
Contoh: PTPTN UJRAH 860112115723
dan hantar ke 33199

Untuk semakan penawaran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) di PTPTN:
PTPTN WPP NO KAD PENGENALAN
Contoh: PTPTN WPP 800917085428
dan hantar ke 33199


Semakan Permohonan PTPTN Secara Online

Anda boleh melayari portal Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional untuk membuat berbagai semakan pembiayaan pinjaman online dengan mudah. Melalui portal tersebut anda boleh membuat semakan seperti:
  • Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
  • Semakan Status Pinjaman Pendidikan IPTA
  • Semakan Maklumat Institusi Pengajian Swasta (IPTS)
  • Semakan Nama Peminjam Yang Gagal Membayar Pinjaman PTPTN
  • Semakan Senarai Hitam Imigresen
Tag : Informasi
1 Comments for "Semakan Status Pinjaman PTPTN"

cuba layari www.freeptptn.com
kat cni ada diterangkan bagaimana 3rd grade degree dpt PTPTN percuma

Mesyuarat Sedang Berlangsung. Sila Berhujah Dengan Penuh Tatatertib.

Back To Top